22 October 2011

Wahai Mujahid Cintaku


Pergilah wahai mujahid cintaku..
Jangan pernah lelah kerana aku akan selalu di belakangmu..
Jangan pernah lagi kau toleh ke belakang..
Jangan kau ragu..
Sungguh aku redha dengan rencana Sang Pencipta..
Meski kerinduanku belum pupus..
Meski sejadahku belum kering kerana banyaknya air mata kerinduan..
Mengharap hadirmu di sisi..


Sungguh aku redha asalkan Rabb kita..
Memperkenankan kita bersua dan berkumpul di jannahNya..
Untuk selamanya....


Pergilah wahai mujahid cintaku..
Jika kita tidak berjumpa kembali..
Akan aku semai kasihmu di syurga dalam istana taqwa senyumku....
Pergilah berjuang wahai pujaanku..


Pergilah berjihad wahai mujahidku..
Tanggungjawab digalas bukannya beban..
Sebagai khalifah amanah diberikan..
Pergilah..kerana jihad akan tetap berputar hingga hari akhir....
Pergilah wahai kekasih hati..
Jangan pernah ragu untuk pergi..
Jangan fikirkan aku..
Kerana aku akan baik-baik saja..
Akan aku topang hidupku tanpamu kerana aku kini telah terbiasa..
Kau jua yang mengajarkannya padaku bukan ?....


Wahai mujahid cintaku..
Semoga Allah memberikanmu kekuatan dan iman sehingga tetap istiqamah..
Dalam berjihad menuntut ilmu yang sekiranya nanti..
Mampu membawa maslahat dan keberkahan bagi umat Islam..
Semoga Allah memberimu bahagia saat ujian menduga..
Semoga diberi kekuatan saat jiwamu melemah....


Berangkatlah..pergilah…
Semoga kita kan bertemu..
Kau dan aku..
Hanya keranaNya....



(nota buat kamu)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...