20 December 2011

KIta Lupa

Ada hari, cahaya akan tiada buat kita
Ada satu hari, Allah akan melepaskan kemarahanNya tanpa tertahan-tahan
Hari itu tidak jauh
Jangan fikir kita punya banyak masa
Hari ini bukan hari itu
Hari ini kita masih diberi peluang

Lihatlah kasih sayang Dia

"Aku adalah sebagaimana hambaKu sangkakan mengenaiKu, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekatiKu sedepa, Aku akan mendekatinya lebih dari itu. Sekiranya dia datang mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan lebih pantas." (Riwayat Muslim)

"Allah memanjangkan tanganNya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tanganNya di waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Masih belum cukupkah ?
Belum tibakah masanya kita tunduk ?

"Belum sampaikah lagi masanya orang-orang yang beriman, untuk kusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan ? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka akan menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik - derhaka." (Al-Hadid ayat 16)

Ingatlah akan ada satu hari Dia akan benar-benar marah.

14 December 2011

Destinasi Cinta

Buatku, seorang hamba..
hanya Dia..
mengetahui segalanya..

Di tengah-tengah perjalanan ini, aku cuba memperbaharui dan merombak asas destinasi cinta itu. Kita bukan mencari pasangan untuk memenuhi kepuasan kita. Kita sebenarnya mencari pasangan untuk membantu kita menggapai redhaNya. Lalu akhirnya, matlamat kita adalah redhaNya.

Andai dengan membawa matlamat ini sekemas mungkin, mempersiapkan diri dengan sebaiknya demi memenuhi tuntutan matlamat ini, namun akhirnya hubungan yang diimpi tidak kesampaian. Maka, tidak perlu memanjangkan kesedihan kerana bukan sesiapa matlamat kita. Matlamat kita adalah redha Allah.

Dia Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi. Maka kalau cinta dibangunkan atas keyakinan dan kepercayaan padaNya, kenapa perlu bersedih dengan segala keputusanNya kan ? Bukankah Dia yang mengatur segala ?

Setelah pelbagai yang dilalui, di sinilah terlihat, cinta itu bukan dasarnya suka. Tidak juga asasnya kasih sayang. Cinta asasnya iman kerana ia fitrah kehidupan. Lantas, aku serahkan pada yang Membolak-balikkan hati manusia. Ini bukan fantasi yang selalu happy ending, bukan juga novel yang ada penamat. Ini kisah kehidupan yang masih berjalan. Sekurang-kurangnya diri telah cuba berusaha mencari yang mampu bersama untuk menggapai redhaNya. Natijahnya? Semua di tanganNya. Pencipta kepada cinta.

yang ku harap cinta hingga ke syurga..
cinta yang dapat merentasi akhirat..
cinta yang dapat melepasi Titian Sirat..

-cahaya syurga-

8 December 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang




Aku mulakan dengan sepotong ayat keramat :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa)  dari (kejahatan) yang diperbuatnya.(Mereka berdoa), "Ya Tuhan kami,janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami,dan rahmatilah kami.Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (al-Baqarah : 286)

Here is the last verse from the longest surah in Kitabullah.Is there any significance regarding this fact???

For sure YES IT IS ! Hari ini aku mengakui dengan seluruh jiwa aku yang di dalamnya milik Sang Pencipta  bahawa tiada yang lebih sempurna perancangannya dari-Mu ya Allah.Tika ini air mata aku deras mengalir membasahi pipi yang sudah sekian lama tandus dengan pengharapan kepada-Mu.Tiada apa lagi yang mampu menahan sebak yang aku rasai..hati yang lemah tidak berdaya menerima dugaan yang bertimpa-timpa.

Aku redha...

Memori masa lalu itu sejarah..apa yang akan berlaku itu perancangan.Aku meniti semula masa-masa kelamku yang hitam lagi menyesatkan.Nah tiada langsung Cahaya..gelap gelita hingga tiba hari itu.Kau kurniakan aku sebuah jalan yang tampak kecil namun cukup terang untuk aku laluinya.Perlahan aku berjalan..meninggalkan bayang-banyang gelap di sana.Sungguh dalam pada itu aku masih juga mencari-cari sesuatu..aku tak mahu keseorangan.

Aku..keluargaku..kamu & dia...

Teringat kembali doa seorang teman, "Ya Allah..indahkanlah kehidupan kami dengan kerinduan terhadap nasihat & jadikanlah diri kami menjadi peribadi yang menjadi nasihat.Engkaulah pembuka setiap hati & penutup setiap kalbu". Aminn ya Allah...aku serahkan segalanya pada-Mu.


-titipkan doa buat aku-

6 December 2011

BIARLAH HARUM DI HATI

Usah Di Tanya Kenapa,
Tiada Seribu Mahupun Satu,
Kuntuman Mawar Tersentuh,
Tanda Kasih Ku Di Jemari....

Bukan Ku Tak Mahu,
Kerna Ku Risau,
Biarpun Setangkai Di Sisi,
Persinggahan Duri Hanya Derita....

Izinkan Ku Hapus Tangkai,
Andai Ada Terluka,
Hanyalah Jemari Ku,
Setia Mendakap Tusukan....

Ku Tak Ingin Tangisan,
Mengalir Sengsara,
Hanya Secebis Senyuman,
Ku Pinta Sepi Bicara....

Biarlah Kelopak Merah,
Kekal Beradu Di Taman Hati,
Mekar Harum Selamanya,
Di Sisi Insan Bernama Kekasih....

Ku Nukilkan Puisi,
Bagai Doa Yang Bertalu,
Pinta Ku Kau Sejahtera,
Di Bawah Naungan KasihNYA....


Credit : Pujangga Gelita

5 December 2011

Curang

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau selalu kusayangi
namun KASIH selalu ku bohongi 
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini ku rasakan

tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang



~Tuhan, jadikan tumpuanku lebih ke arahMu ~

4 December 2011

Ya Ukhti


Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga !
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala !
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia 

~ istimewa buat pedoman bunga & mawar :)

2 December 2011

If He isn't ...

Ya Allah
Kau yang maha tahu segalanya


bila kehadiranku,
mengganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka Kau pisahkanlah,
aku redha.

bila aku tak layak dan bukan yang terbaik buatnya,
maka Kau jauhkanlah.

bila aku bukan yang tertulis,
untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkanlah agar tiada mengundang rasa kecewa.

bila aku bukan yang terbaik,
bila aku bukan yang tercatat dalam takdir,
maka jarakkanlah..pisahkanlah,
then take him away from me.



ya benar atas iman,
cuma Kau fahami hasrat hati ini,
buat secebis harapan yang tidak pernah lelah untuk cuba bernafas,
andai penantian ini ada jawapannya,
pujuklah hati ini untuk setia di jalan yang Kau redha.

1 December 2011

November Kelabu

Ingin aku memutar waktu.
Dimana aku masih dalam buaian seorang ibu.
Kan ku benahi semua.
Semua yang ada.
Semua yang mengecewakan.
Semua yang membelenggukan.
Dan semua keterpurukan..

November Yang Kelabu...

Usia dunia sudah merenta.
Tiang langit kan roboh seketika.
Bintang kejora kan meredup tak berlentera.
Begitupun sang suria.
Lebih ganas dari sedia kala.

November Yang Kelabu...

Izinkan batinku mengucap khilaf padamu.
Izinkan ragaku berdzikir seuntai Do'a.
Dan biarkan jiwaku bersujud dalam lembaran sejadah...

Aminn. . .

An-Nur


Kepada kamu cinta dunia,

    Aku khabarkan dari sini berita perihal hatiku...hati yang luluh pedih lemah tak terdaya dek kelemahan iman di jiwa.Saat dan tika ini aku jatuh sujud menghadap Ilahi..aku pasrah padaMu ya Rabbul Izzati.Mindaku di buka dengan perlahan..sakit ku menerima kenyataan bahawa aku harus pergi.Namun di sudut lain ada cahaya yang bisa menantiku di laluan ini..Nur yang tak pernah padam hingga ke akhirnya.

    Kini ku susun langkah demi langkah..sungguh aku rindu kamu.Aku amat sayangkanmu..kerna kamu cinta duniaku..kerna itu juga aku tangguhkan dulu sampai tiba masanya di nanti.Aku harap kau tidak menyalah ertikan tindakanku semalam..bukan niat aku berdusta..mendua.Namun begitu tidak ada apa juga yang aku ingin pertahankan..cukuplah Dia yang memahamiku.

Nur hidupku,

    Semalam yang berlalu sungguh indah buat kita..hanya aku dan kamu.Lumrah manusia hina sepertiku acap kali ditemani kesalahan..maaf.Aku mohon segala kemaafan darimu kekasih..ya mungkin mudah untuk aku lafazkan tapi percayalah penyesalan ini lebih bernilai apabila disertai azam yang baru.Azamku ingin bersamamu di sana nanti..tempat yang kekal abadi.

Duhai cahaya,

   KepadaNya aku berserah diri..menentu peneman diri.Sungguh aku teringin sekali mendampingi dirimu di kala hayat ini..bersama berdua bertahajud di hening hari kepada Tuhan yang Maha Mengasihi.Aku mohon kau maafkan kesalahanku.Aku bawamu ke jurang tiada sempadan..hanyut alpa bersama khayalan.Dia juga Maha Mengetahui..baru kini ku kenali siapa kita.Aku percaya tiada yang terlewat selagi nyawa diizinNya.

Kepada cahaya-cahayaku...akan ku tunggu pendamping diri ini.
Sehingga itu kamu penuhilah tuntutan Ilahi..
Berbakti pada agama..pelihara maruah diri
Segala pesananku ku harap akan senantiasa menjadi peneman hari-harimu..
Semoga ukhuwah yang tersemai terus subur mewangi
Jadikan Allah & RasulNya itu panduan..juga srikandi-srikandi pilihan itu pedoman..

Maka kamulah Permata Yang di Cari...







Mahar Cinta


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...