30 October 2011

Harus lebih tabah





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



"Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan 
Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar"

Demi Tuhan, aku harus lebih tabah dari biasa saat ini.Hati ini benar-benar teruji, nurani diri meronta-ronta minta dilepaskan derita yang seakan tak mungkin boleh reda.Air mata pun sudah malu menunjukkan muka lantaran terlalu lama menemani diri..Ya Rabb, parahnya hati ini, aku selangi dengan titipan doa buatMu yang Maha Agung kerana aku sedar aku tidak bersendirian mengharungi duga ini.Setiap langkah dia menjauh, setiap kali tu juga lah hati ni selalu berharap kalau dia akan berpaling kembali..Astaghfirullah...pedih ya Allah..Dalam tangis namun reda aku panjatkan sekelumit doa agar ujian ini bakal menghapus dosa-dosa aku yang mungkin alpa kerana kasih sayang yang Dia pinjamkan selama ini.

Memang menjadi lumrah manusia sering saja melatah tiap kali berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar duga kita.Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal.Sedangkan kita lupa bahawa tiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangnya.Allah Maha Kaya dengan segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hambaNya.Cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza mengikut kehendakNya yang Maha Adil.Sebagai hamba,seharusnya aku akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah.Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hambaNya.

".....Allah tidak akan membebani seseorang melainkan 
sesuai dengan kesanggupannya."
(surah al-Baqarah : 286)

Percayalah wahai hati, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Tak perlu persoalkan tindakan Allah SWT dalam setiap kejadianNya.Segala dugaan pasti Dia datangkan dengan sejuta hikmah.Setiap ujian pasti Dia iringkan dengan ribuan anugerah.Sungguh la, fitrah itu indah namun terselit ujian yang tak sudah..Sungguh la, hati-hati kita ni Dia yang pegang.Segalanya milikMu..Ya Rahman, semuanya aku relakan dengan iringan doa agar, moga dan harap dia terus diberi bahagia..sejahtera dunia akhirat.May the Light of Allah guide your way dear.Always..

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada yang abadi
Kasih Tuhan tiada yang bertepi
Sayang Tuhan janjiNya pasti.

Thank Allah, i found you.









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...