7 November 2011

Jika kamu . . .


Jika kamu memancing ikan….

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan sakit oleh kerna bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang…
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu….


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah
sekadar keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula….
Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya…. 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya….



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk
dirimu..
Mengenyangkan..Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu
ingin mengejar kelezatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan menyesal...


-yang paling berharga ialah hati yang ikhlas-




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Barangkali pilihanmu bukan pilihan Allah. Kehilangan yang kau rasai ialah kasih sayang Rabbi. Gembiralah! Selamat Hari Lahir!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...