1 November 2012

Capital T

Dinginnya november ini . . bagai membeku hati-hati kami


"Salam ! Ana harap enta tak lemah semangat menghadapi dugaan ini. Teruskan berusaha , rahmat Allah sanga luas. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Insyaallah kami bersama-sama dengan enta selalu. 2:286"


siramilah mujahid-mujahid ini dengan limpahan arus semangat
demi perjuangan mengejar Ilahi


TARBIYAH . . jalan hidup kami


11 June 2012

Untuk esok yang lebih baik

 


Untuk esok yang lebih baik..
Aku tunggu terbit matahari
Aku mahu sinar pagi


Tolong senyum untukku..
Biar bayu bertiup semua
Biar rumput berembun pagi


Untuk esok yang lebih baik...

10 June 2012

Ikhlas


siapa nak pertikaikan ujian yang satu ini

sedangkan..
Dia yang lebih tahu

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(2 : 216)

sedangkan..
Dia adalah sebaik baik pengatur jalan kehidupan

Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)
(3 : 54)

Hasbi Rabbi Jallallah, ma fi qalbi qhairullah

6 June 2012

...


Harap hujan akan terus turun untuk membersihkan
segala yang kotor.

Harapnya dapat kembalikan 
rasa hijau yang segar dulu.

Harapan tak pernah ada batasan..

1 June 2012

Jauh

nun di sana

meminati dari jauh dan berdoa dalam hati,
percaya itu berharap bukan ?

ya, harus percaya dan berharap

dan di atas segalanya
kerana kita ada doa
kerana kita ada Dia

mudah-mudahan selamat sampai tujuan.

Beza



langit yang sama
tarbiyah yang berbeza

sunnatullah wujudnya perbezaan

subhanallah.

sungguh. .
harus mula bersiap

19 March 2012

Jihad Cinta

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Atas nama cinta. . “Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. .”
Atas nafas cinta. .Subhanallah. .Alhamdulillah. .Allahu Akhbar. .
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb

Pertemuan kita rancangan Penguasa
Pertemuan dihadiahi rasa cinta
Terpisah jasad hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita

Biar...

Jarak hati cuma Dia ketahui
Cinta kami pada Maha Menyintai
Kerana janji-Nya yang pasti
Memimpin ke jalan bahagia abadi

Jihad cinta tulus buatmu ya Rabb. .pelihara nadi-nadi ini agar sentiasa mengingatiMu.



-ASOA-

20 December 2011

KIta Lupa

Ada hari, cahaya akan tiada buat kita
Ada satu hari, Allah akan melepaskan kemarahanNya tanpa tertahan-tahan
Hari itu tidak jauh
Jangan fikir kita punya banyak masa
Hari ini bukan hari itu
Hari ini kita masih diberi peluang

Lihatlah kasih sayang Dia

"Aku adalah sebagaimana hambaKu sangkakan mengenaiKu, dan Aku bersamanya ketika mana dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam satu majlis, maka Aku akan mengingatinya dalam majlis yang lebih mulia lagi. Sekiranya dia mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Sekiranya dia mendekatiKu sedepa, Aku akan mendekatinya lebih dari itu. Sekiranya dia datang mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan lebih pantas." (Riwayat Muslim)

"Allah memanjangkan tanganNya pada waktu malam untuk mengampunkan pembuat dosa di waktu siang dan Allah memanjangkan tanganNya di waktu siang untuk mengampunkan pembuat dosa pada waktu malam sehinggalah terbit matahari dari barat." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Masih belum cukupkah ?
Belum tibakah masanya kita tunduk ?

"Belum sampaikah lagi masanya orang-orang yang beriman, untuk kusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan ? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka akan menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik - derhaka." (Al-Hadid ayat 16)

Ingatlah akan ada satu hari Dia akan benar-benar marah.

14 December 2011

Destinasi Cinta

Buatku, seorang hamba..
hanya Dia..
mengetahui segalanya..

Di tengah-tengah perjalanan ini, aku cuba memperbaharui dan merombak asas destinasi cinta itu. Kita bukan mencari pasangan untuk memenuhi kepuasan kita. Kita sebenarnya mencari pasangan untuk membantu kita menggapai redhaNya. Lalu akhirnya, matlamat kita adalah redhaNya.

Andai dengan membawa matlamat ini sekemas mungkin, mempersiapkan diri dengan sebaiknya demi memenuhi tuntutan matlamat ini, namun akhirnya hubungan yang diimpi tidak kesampaian. Maka, tidak perlu memanjangkan kesedihan kerana bukan sesiapa matlamat kita. Matlamat kita adalah redha Allah.

Dia Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi. Maka kalau cinta dibangunkan atas keyakinan dan kepercayaan padaNya, kenapa perlu bersedih dengan segala keputusanNya kan ? Bukankah Dia yang mengatur segala ?

Setelah pelbagai yang dilalui, di sinilah terlihat, cinta itu bukan dasarnya suka. Tidak juga asasnya kasih sayang. Cinta asasnya iman kerana ia fitrah kehidupan. Lantas, aku serahkan pada yang Membolak-balikkan hati manusia. Ini bukan fantasi yang selalu happy ending, bukan juga novel yang ada penamat. Ini kisah kehidupan yang masih berjalan. Sekurang-kurangnya diri telah cuba berusaha mencari yang mampu bersama untuk menggapai redhaNya. Natijahnya? Semua di tanganNya. Pencipta kepada cinta.

yang ku harap cinta hingga ke syurga..
cinta yang dapat merentasi akhirat..
cinta yang dapat melepasi Titian Sirat..

-cahaya syurga-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...