6 November 2011

Ya Allah, kenapa aku..???


-Happy Eid-


Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?

Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jatidirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?

Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa...
Aku banyak maksiat...
Aku banyak ingkar...

Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku... aku tak pernah pun meminta...

Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik. 
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!

Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!

Tapi Tuhan... aku tak kuat!

Aku lemah...

Dikala ujian dariMu datang...
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.

Aku malu Allah...

Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...

Tuhan, jawablah... mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?

Tuhan..

aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...

Tapi ketahuilah...
Aku merayu...

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...
Agar diriku, bisa mencintaiMu.

Terima kasih Tuhan...
kerana memilih aku...

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.

Sekarang dan selamanya...


5 November 2011

SALAM AIDILADHA


buat saudara seiman..
Ini bukan sekadar tentang ritual ibadah atau adat berhari raya.
Ini kisah kehambaan, kisah ketaatan dan kisah kecintaan kepada Allah SWT.
Moga kita dapat membangun semangat dan jiwa kehambaan persis Nabi Ibrahim dan Ismail dalam hidup kita sehari-hari.
SALAM AIDILADHA :)


p/s : buat yang masih berjuang, masih menagih ilmu di tanah rantau juga berkorban demi mewujudkan cita-cita.Salam Aidiladha di perantauan :)

31 October 2011

Sucikan Diriku

The raining winter..cold & calm

Here in the land of spice...
Dalam keheningan malam ku menyucikan diri...
Sejuk air membasahi sugi itu...
Aku rasai nikmatnya...

Ya Rabbul Izzati...
Ku sujud padaMu memohon keampunan...
Sungguh banyak dosa yang aku lakukan...
Ku bawa dirinya ke lembah kemaksiatan...
Hinanya diriku bukan saja pada nama...
Jiwa raga aku gadaikan...

Ku serah diri padaMu ya Ilahi...
Tika ini ku merenung masa lalu...
Hitamnya bukan kepalang..
Jika ini namanya peribadi...
Mana lagi nilainya hubungan kita ???

Pada kamu yang aku sakiti...
Maaf ku pinta menyesali diri...
Pernah aku kasih di kasihi...
dan selamanya terus aku mengasihi...

Kerna yang terindah dalam hari-hari aku itu padamu..padaMu

I'm not such a perfect person...ku pohon Kau tunjukkan aku jalan yang lurus...jalan menuju syurgaMu...kerna segalanya bukan di tangan kita...hanya sekadar pilihan yang tiada kepastian.Maka berdoalah...semoga di kuatkan hati kita menerima ketetapan...kerna tidak akan ada yang berlaku itu hanya sia-sia...astaghfirullah


Ku pahat kisah lalu dalam memori...
Pedoman diri menjadi insan sejati...Semoga hari
esok lebih bererti kasih...InsyaAllah



-suci diriku dengan sugi itu-








30 October 2011

INDIA - Tanah Perjuanganku


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang



Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah...segala puji bagi Mu ya Allah pemilik hati-hati kami..Kau mengujiku dengan cubaan halangan juga ujian yang tak pernah putus-putus demi melihat sejauh mana nilai imanku selama aku mengucap kalimah syahadah pada Mu..ya Allah setulusnya aku bersyukur dengan pemberian rezeki kurniaan nikmat Mu pada ku..ku sujud..ku mohon Kau limpahkan juga kurnia Mu pada insan-insan yang aku sayangi...Terima kasih Allah! 

By the end of this night genaplah sebulan aku merantau di negeri orang-India.Ceritanya tak lah sepanjang siri "Bawang Putih Bawang Merah"..juga tak lah seindah hiasan "1001 Malam" yang mengisi slot-slot bed time stories.Cerita aku cuma pengalaman..perjalanan hidup seorang student merangkap anak juga hamba pada Penciptanya...

Sesungguhnya Allah telah berjanji atas nama makhluk-Nya; masa bahawa dengan MASA manusia berada dalam keadaan RUGI kecuali insan-insan yang beriman..terasa bagai baru semalam aku membuka langkah setiap hari ke tadika melalui jalan-jalan sempit...meredah lorong-lorong celahan rumah-rumah orang.At that time jiranku itulah guruku..Allahyarham Ustaz Sirat (i'm not sure about the spelling,sorry:al-Fatihah)..ya setiap hari dengan angan juga cita yang entah ke mana tujuannya higgalah tiba detik kini.The moment when I opened my eyes from a deep sleep..just now..aku buka mata dengan penuh kesedaran.Subhanallah...pernah aku berangan to become a doctor suatu masa dulu and now He give me a chance.Here in India..a land which I'm believe where most of us will not have ever be imagine to live...

Indahnya Bumi ciptaan Ilahi


Sayang-itu yang aku bawa ke bumi asing ini.Kasih sayang aku pada keluarga..pada negara yang banyak mendidik diri ini melakar memori dan ilmu dalam hidup...dan yang paling penting sayangku pada agama Allah SWT..diri Islamku yang ku bawa menguatkan SAYANG ini juga tekad untuk terus melangkah berjaya dunia dan akhirat.

Pertama kali aku melangkah ke lapangan terbang..ya Allah inilah jalanku.Titisan air mata ibu sayu mengiringi pemergianku..buat aku terus kuat dengan pegangan hidupku.Aku ke sana dengan harapan!

"dan mereka tidak akan mempunyai pelindung yang dapat menolong mereka selain Allah.Barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah tidak akan ada jalan keluar baginya(untuk mendapat petunjuk)" 
asy-Syura;46

Sesungguhnya aku teruskan tarbiah diri ini dengan harapan untuk peroleh redha-Nya..banyak yang aku sempat aku kaut dan rasai sepanjang sebulan di perantauan ini..pahit manis tawa duka susah senang aku telan dengan hati yang lapang.The way we look on something might be slightly change when we think with the positive part of cerebellum..nerve impulses will never go astray from its path but the wind of syaitan is there..together with nafsu..the moment where our faith been discover by ourselves!


Nurani memujuk ingin di cerita segala macam pengalaman yang telah aku lalui di sini tapi rasanya cukuplah ini sebagai pembuka agenda aku yang never ended..insyaAlah ta'ruf aku dengan bumi India will be a continuous process since it is such a big nation with variety of culture..diversity of nature!



Tak perlu aku coretkan kerna ia hanya akan terpahat di hati...




Harus lebih tabah





بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 



"Tidak ada daya upaya dan tidak ada tenaga kekuatan melainkan dengan 
Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar"

Demi Tuhan, aku harus lebih tabah dari biasa saat ini.Hati ini benar-benar teruji, nurani diri meronta-ronta minta dilepaskan derita yang seakan tak mungkin boleh reda.Air mata pun sudah malu menunjukkan muka lantaran terlalu lama menemani diri..Ya Rabb, parahnya hati ini, aku selangi dengan titipan doa buatMu yang Maha Agung kerana aku sedar aku tidak bersendirian mengharungi duga ini.Setiap langkah dia menjauh, setiap kali tu juga lah hati ni selalu berharap kalau dia akan berpaling kembali..Astaghfirullah...pedih ya Allah..Dalam tangis namun reda aku panjatkan sekelumit doa agar ujian ini bakal menghapus dosa-dosa aku yang mungkin alpa kerana kasih sayang yang Dia pinjamkan selama ini.

Memang menjadi lumrah manusia sering saja melatah tiap kali berdepan dengan ujian, apatah lagi sekiranya sesuatu kejadian itu berlaku di luar duga kita.Hati mula berkata bahawa semuanya tidak masuk akal.Sedangkan kita lupa bahawa tiap sesuatu itu ada yang menguruskannya mengikut kehendak dan kasih sayangnya.Allah Maha Kaya dengan segala anugerah serta nikmat yang tidak putus-putus diturunkan kepada semua hambaNya.Cuma percaturan Allah SWT sememangnya berbeza mengikut kehendakNya yang Maha Adil.Sebagai hamba,seharusnya aku akur dan redha serta percaya sepenuh hati bahawa ujian itu didatangkan dengan sejuta hikmah.Sesungguhnya Allah SWT itu tidak pernah kejam ke atas hambaNya.

".....Allah tidak akan membebani seseorang melainkan 
sesuai dengan kesanggupannya."
(surah al-Baqarah : 286)

Percayalah wahai hati, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Tak perlu persoalkan tindakan Allah SWT dalam setiap kejadianNya.Segala dugaan pasti Dia datangkan dengan sejuta hikmah.Setiap ujian pasti Dia iringkan dengan ribuan anugerah.Sungguh la, fitrah itu indah namun terselit ujian yang tak sudah..Sungguh la, hati-hati kita ni Dia yang pegang.Segalanya milikMu..Ya Rahman, semuanya aku relakan dengan iringan doa agar, moga dan harap dia terus diberi bahagia..sejahtera dunia akhirat.May the Light of Allah guide your way dear.Always..

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada yang abadi
Kasih Tuhan tiada yang bertepi
Sayang Tuhan janjiNya pasti.

Thank Allah, i found you.









25 October 2011

A letter from a Mujahid to his wife


Dedicated to My Princess,
You never complained when you knew we would have nothing.
You were content on having what little you needed.
Where others would have left or moaned you never once let out a sigh.
You understood what was written was what we would eat.
I never once complained about…


Ana Mujaahid, anti Shahidah

22 October 2011

Wahai Mujahid Cintaku


Pergilah wahai mujahid cintaku..
Jangan pernah lelah kerana aku akan selalu di belakangmu..
Jangan pernah lagi kau toleh ke belakang..
Jangan kau ragu..
Sungguh aku redha dengan rencana Sang Pencipta..
Meski kerinduanku belum pupus..
Meski sejadahku belum kering kerana banyaknya air mata kerinduan..
Mengharap hadirmu di sisi..


Sungguh aku redha asalkan Rabb kita..
Memperkenankan kita bersua dan berkumpul di jannahNya..
Untuk selamanya....


Pergilah wahai mujahid cintaku..
Jika kita tidak berjumpa kembali..
Akan aku semai kasihmu di syurga dalam istana taqwa senyumku....
Pergilah berjuang wahai pujaanku..


Pergilah berjihad wahai mujahidku..
Tanggungjawab digalas bukannya beban..
Sebagai khalifah amanah diberikan..
Pergilah..kerana jihad akan tetap berputar hingga hari akhir....
Pergilah wahai kekasih hati..
Jangan pernah ragu untuk pergi..
Jangan fikirkan aku..
Kerana aku akan baik-baik saja..
Akan aku topang hidupku tanpamu kerana aku kini telah terbiasa..
Kau jua yang mengajarkannya padaku bukan ?....


Wahai mujahid cintaku..
Semoga Allah memberikanmu kekuatan dan iman sehingga tetap istiqamah..
Dalam berjihad menuntut ilmu yang sekiranya nanti..
Mampu membawa maslahat dan keberkahan bagi umat Islam..
Semoga Allah memberimu bahagia saat ujian menduga..
Semoga diberi kekuatan saat jiwamu melemah....


Berangkatlah..pergilah…
Semoga kita kan bertemu..
Kau dan aku..
Hanya keranaNya....



(nota buat kamu)

Marry the seven type of pearl (:

1. The Patient:
The women who remains patient in all circumtances and never whines moans and complains when some trouble or affliction hits her, She Turns to Allah for help.



2. The Protector:
The women who Protects her husband wealth and her chastity when he is away from home. When he returns, she does not burden him with the day’s problem, but listen attentively to his need and does her best to take his tiredness away.



3. The Lover:
The women who adores her husband and craves for his children to the extent that whenever her husband glances at her du’aa pours for her from the bottom of his heart.



4. The Do-Gooder:
The women who has an excellent reputation in society for being kind, caring and courteous to all, She is good with her neighbors, relatives and never backbites or displays jealousy.


5. The Content:
The women who never Casts her eyes at material things and is content with ever little her husbands gives her, She is thankful to him for every morsel that he feeds her, every clothe that he gifts her including the roof over her head, She makes her greatfulness known to him in words and actions, and thus soothes her husband’s heart.



6. The Pious:
The women who spends much of her day in dhikr, tilaawatul Qur’an and Salah and her nights is praying tahajjud and crying to Allah for forgiveness, She encourages her husband to give da’wah in his sparetime.




7. The Sweet Smiler:
The women who smiles excessively especially when her husband is at home, She always talk gently that it seems that pearls are dripping from her mouth, She never raises her voices while talking to her husband, If her husband is angry with her for some reason and shout her, she does not answer him back but maintains as dignified silence, When he has calm down, she offers him cool water and apologizes to him even if she wasn’t at fault.




"ingin menjadi wanita Qurratul' Ain bagimu"

18 October 2011

Seorang Ibu

Apabila sudah berumah tangga nanti...

Bila seronok, aku cari Pasanganku...
Bila sedih, aku cari Mak...
Bila berjaya, aku ceritakan pada Pasanganku...
Bila gagal, aku ceritakan pada Mak...

Bila bahagia, aku peluk erat Pasanganku...
Bila berduka, aku peluk erat Emakku...
Bila nak bercuti, aku bawa Pasanganku...
Bila sibuk, aku hantar anak2 ke rumah Mak...

Bila sambut valentine Aku bagi hadiah pada pasanganku...
Bila sambut hari ibu Aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"...
Selalu Aku ingat pasanganku...
Selalu Mak ingat kat aku...
Bila-bila Aku akan talipon pasanganku...
Entah bila Aku nak talipon Mak...
Selalu Aku belikan hadiah untuk pasanganku...
Entah bila Aku nak belikan hadiah untuk Emak...

setitis air mata ibu penyesalan buat kita
Renungkan:

"Kalau kalian sudah habis belajar dan berkerja...

Bolehkah kalian kirim wang untuk Mak kalian semua?
Mak bukan nak banyak........"lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita sebagai seorang anak mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada nanti..........baru kata

EMAKKKKK!!....KITA SAYANG MAK!!....KITA RINDU MAK!!....KENAPA MAK TINGGALKAN SAYA!!....

Berapa ramai yang sanggup menyucup dahi ibunya sendiri..........
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya suatu hari nanti..........
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya suatu hari nanti.......
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya suatu hari nanti........
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya suatu hari nanti......
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya suatu hari nanti. .....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"SEBAGAI SEORANG ANAK, SAYANGILAH IBU ANDA SEBAGAIMANA DIA
MENYAYANGI ANDA SEJAK KECIL HINGGA SEKARANG SEBELUM SEMUANYA TERLEWAT"......... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...